Shaq Blog-Hallo visitor,selamat malam.Hari ini saya mau posting tentang
Teknik dalam memancing ikan Siakap.Visitor tahu nggak ikan siakap itu.Pasti semu sudah tahu
ikan siakap.Ikan siakap itu adalah ikan yang enak dimakan.Bagi para pemancing pasti ingin tahu cara memancing ikan siakap.Biar lebih mudah mendapatkan ikan siakap,berikut teknik memancing ikan siakap.Check This Out.
Siakap ini kena pandai baca air. Sebab siakap ni suka duduk muara sungai, seelok-eloknya masa nak mancing dia ni ialah masa air dah dekat-dekat nak pasang penuh sebab masa tu tahap kemasinan/kepayauan air laut yang bercampur dengan air sungai cukup sesuai dengan siakap ni. Lagi pun masa tu arus dah tak kuat, senang nak buat kerja.
Mancing siakap kalau ikut stail saudara yang taknak main casting ni paling mujarab pakai umpan hidup seperti udang atau belanak hidup. Ikan jenjulung pun boleh. Tapi kena guna pelampung.
Tali utama dalam 10-20lbs dah cukup. Rod jenis fast action sesuai dengan kekuatan tali utama.
Perambut kena kasar sikit dalam 30-50lbs dari jenis abasion resistant sebab siakap ni cekap memutuskan perambut dengan menggunakan penutup insangnya yang tajam tu. Tak perlu guna perambut dawai sebab tips yang saya dapat dari pakar siakap dari Halco iaitu Mr. Barefoot Hodgie mengatakan perambut dawai ni mengakibatkan wujubnya tenaga elektrik yang menjadikan siakap culas untuk mendekati umpan.
Cara ikat (rigging) ialah batu ladung kecil diletakkan di antara umpan dengan pelampung supaya umpan tenggelam dan tak dapat berenang menghampiri tali yang akhirnya menyebabkan tali berselirat dengan perambut/umpan.
Jarak umpan dengan pelampung bergantung kepada kedalaman air, kalau sungai tu dalam kena panjangkan lagi sebab siakap berlegar mencari mangsa di antara pertengahan air ke bawah permukaan air. Itulah sebab dia cukup suka dengan belanak sebab belanak duduk kat permukaan air – senang dia serang hendap dari bawah. – wahoo (edited)
kalau nak casting atau trolling di muara…waktu afdal adalah waktu air surut ataupun mula2 nak pasang…waktu ni senang sikit nak perdaya depa sebab depa duk di kawasan yg ada struktur…umpamanya…batu2, kayu2, tiang2 jambatan, tongkang pecah dsb…menunggu ambush anak2 ikan…so, Bro pergi casting di kawasan2 strategik macam ni lah…kalau air pasang, depa agaknya masuk dlm bakau ikut anak2 ikan yang masuk ke dlm bakau utk cari makan…so, susah sikit nak casting…. – oakinn (edited)
Wild siakap on lure saya pernah dapat sekali masa jigging 5gm halco jig masa tengah carik Tarpon. Mula-mula memang dapat banyak tarpon saiz power even pada shimano 2500 (reel ultralight time nie rosak pulak); reel asyik menjerit.
Nasib baik sebab lepas tu kena siakap…mencicit tali keluar, tapi reel agak power, so siakap dapat didaratkam lepas beberapa kali dia buat pecutan mengegarkan jiwa. Bawak balik makan, tapi tak sedap sebab siakap payau dan dan banyak sangat freshwater kat situ (better release next time). kena siakap beberapa kali, tapi asyik terlepas, baru-baru nie micro popper altima pun kena hentam dipercayai siakap, tapi terer betul dia bawak masuk reba. 2 kali siakap hentam popper river2sea, tapi tak hook-up tapi bunyi sedutan dia tu cukup menggegarkan jiwa. Msalah utama teknik retrieve untuk siakap dan tarpon berbeza sebab untuk tarpon kita lebih agressive mainkan lure, itu mungkin sebab utama siakap selalu terlepas. Sally yang main slow selalu kena siakap dan haruan air payau berbanding tarpon.
Kat semi-wild (retention pond); banyak siakap tertipu dengan lure (macam-macam jenis lure buleh). Nampaknya teknik stop and go antara teknik terbaik sebab cara makan dia yang suka menyedut lure.
Macam wahoo cakap, takpayah guna wire leader, mono leader dah cukup even siakap below 500gm buleh kesatkan tali dengan mulut dia tu, saya belum pernah kena potong dengan operkulum(pipi) dia tu lagi. Rajin-rajinlah tukar leader bila selalu kena siakap especially lepas dia telan lure.
Siakap merah pun kena mainkan lure perlahan, saya fail bab retrieve perlahan; dah 2 kali siakap merah wild nie terlepas depan mata sebab saya ganas sangat retrieve dan fight dia sebab tempat penuh reba…kena menuntut kat master bowjenk lagi la….- sild
Sebenarnya tgk air keruh nih byk definisi die. Air jernih pun x sesuai utk siakap. Die akan guna seluruh pancaindera die ketika air jernih dan senang mengesan bahaya.
Keruh.. kerana hujan dihulu bawa air tawar ke muara mmg x sesuai. Air jadi tawar.. dan ikan kurang selera dan akan keluar dari muara utk sementara. Tp jika sungai itu tidak mempunyai masalah.. air tetap payau walau hujan. Masih ada peluang.
Cara nak tengok air keruh yg masih bleh jejak siakap. celupkan tangan dlm 1 kaki. Tgk tapak tangan samada jelas atau tidak. Jika sejelasnya.. air jernih sgt. jika x nampak.. keruh sgt. Yg plg sesuai.. air nampak ‘berdebu’…. tak keruh dan x jernih.
Rupa gewang kakap yg popular turun temurun tempat kawe, biasalah minnow yg panjang2. Jenis minnow nih bleh dikatakan pelbagai tempat bleh pakai. Selain minnow, Rapala ‘Shad Rap’ sesuai jugak. Ini gewang2 asas. Warna utk gewang asas.. yg mempunyai tone Biru/silver@putih dan Hitam/Silver@putih. 2 jenis warna asas itu sesuai utk cuaca terang dan air yg agak jernih. 2 jenis warna itu jugak mewakili warna ‘natural’. Warna biru pernah terbaca penjelasan saintifik… ikan dapat melihat jelas warna biru dlm air tak lebih 5 kaki.
Contoh.. Rapala Husky/Husky Jerk/Original Floating/Countdown/Shad rap, Nils Master Invisible/spearhead, Rebel Minnow, Bomber ‘long A’ dll
Jika suasana air sungai tempat berlainan.. agak kekuningan atau coklat sedikit. Warna sesuai adalah gewang berasas warna coklat/ gold/kuning/oren. Kiasan warna coklat/gold/kuning/oren dlm kondisi air coklat/kekuningan akan menghasil efek ‘natural’ jugak pada gewang.
Jika sungai itu berair ‘hitam’ dan agak gelap.. dan bila diuji dgn tapak tangan seakan warna nescafe o cair. Gewang warna ‘aussie style’ spt pink, biru terang, fire tiger agak sesuai. Tp kegemaran individu kawe, memilih biru terang atau pink utk menduga air begitu. jika gewang cetek (shallow diver) kawe pilih biru dan jika dalam pilihan Pink @’Elton John’ (deep diver). Warna2 gewang aussie mmg terang2/shining. Ini kerana mat saleh aussie..berpegang prinsip ‘Action is everything’. Sbb itu diorang mmg sengaja mengenakan warna yg melawan hukum ‘natural’. Setau kawe Dave Killalea ‘Killalure’ yg mulakan trend ini utk mengatasi gewang finland yg dominasi pasaran Aussie pd awalnya spt Rapala & Nils Master.
Contoh air yg sememangnya patut lupakan niat casting kakap- Air teh tarik dan Kopi susu! Jika air begitu gewang2 apapun bergantung luck semata2!
Tp itu cuma panduan utk pilih gewang. Bab casting kakap bermula dari ‘tgk air’ utk tau selera ikan. Lepas tu mengesan kakap bermain dan tempat die menghendap. Plg best jika dgn die mnghambur dan menangkap anak ikan. Jika nak tau bunyi kakap menangkap.. ada bunyi ‘Boof!!’. Dan ada gewang Mann’s utk kakap (rupa mcm Mann’s Stretch).. ‘Dr. Boof Bait’.
Mancing kakap mmg kena usaha lebih sket, sbb susah mancing dgn semata2 bergantung pada nasib. Kena rajin dan disiplin utk ikut waktu air. Sifu kawe dulu cakap…’mung nok ngail kakap, mung kena belajor dulu berfikir macam kakap!’.
Warna air jugak bleh mempengaruhi warna sisik kakap putih. Dari warna pun bleh anggarkan kualiti daging kakap putih.
Kawe utk kakap.. 16-18lb mono. Jgn pilih tali jepun kerana diameter kecik x tahan geseran. Kawe pilih Maxima ‘green’ kerana lasak. Legend2 kakap Ganu selalunya fanatik dgn tali ‘cap ikan kuning’ kerana ‘kurang spring’. Tali nih murah aja.. tp otai cuma gunakan utk naikkan dlm 2-3 ekor ikan, dan diorang buang dan isi baru.
Tali yg baru diisi dlm spool, WAJIB di ‘buang spring’ dulu utk elak masalah dimasa depan. Caranya.. selepas isi tali dlm spool JANGAN terus memancing. cuma pasang ladung.. dan casting la sekurang2 50 kali.. lagi byk lagi bagus. Baru tali takkan buat masalah spt bihun@birdnest.. lebih2 lagi kat baitcaster. Dan anda takkan mengeluh dgn tali diameter kasar spt MAXIMA.
Jika anda main casting gewang.. jika anda mmg pemancing aktif. Harus dibuang dlm hujung dlm 2-3 kaki setiap kali turun. Ini utk elakkan tali injured yg akan kecewakan anda nanti (sbb masa casting mmg tali akan bergeser dgn pelbagai struktur). Sbb itu jarang pakai tali yg mahal.
Ya sampai sini dulu visitor,Jika ingin tahu klasifikasi Ikan Siakap,Saya akan mempostingkannya di Hari Kamis.Oh iya,maaf yang sebesar-besarnya soal hari Kamis saya nggak posting karena kegiatan saya yang padat.Terima Kasih dan Selamat Malam.